Buatlah
laman yang mudah dan sederhana.
Buat lakaran di atas kertas (storyboard)
dahulu bagaimana reka letak laman yang akan dihasilkan nanti.
Kumpulkan bahan-bahan yang akan
dimasukkan dalam laman web seperti grafik, animasi gif, fail bunyi, gambar-gambar dan
sebagainya. Kebanyakan bahan-bahan tersebut boleh didapati dengan percuma di Internet.
Tentukan setiap fail laman, grafik, fail
bunyi dan lain-lain adalah kecil kerana fail yang besar akan mengambil masa untuk
dipindahturun. Ini akan menyebabkan pengunjung cepat bosan dan beralih ke laman yang lain.
Gunakan laman sebanyak yang mungkin. Ini
untuk mengelakkan dari saiz laman yang terlalu besar yang melambatkan proses pindahturun.
Tentukan kombinasi warna yang sesuai
supaya tidak menyilaukan mata. Cuba bayangkan jika anda menggunakan kombinasi warna hijau
muda, kuning atau oren diatas latarbelakang merah.
Gunakan FRAME, JAVA APPLET, JAVASCRIPT
jika benar-benar perlu sahaja dan relevan dengan laman web yang dibina.
Animasi dan grafik yang berlebihan boleh
memeningkan kepala dan laman akan nampak bersepah.
Pastikan setiap link bersambung dan
dikemaskini.
|